Friday, December 25, 2009

kisah 5 ekor anjing di kubang tiga, perlis

kembali bersiaran dari studio mesra, jejawi, perlis

kali ini saya ingin menyampaikan kisah 5 ekor anjing. ceritanya begini, pada satu hari jumaat, selepas sembahyang jumaat, saya biasanya akan memandu menuju ke padang besar untuk mengajar tuisyen. Biasanya perjalanan mengambil masa 30 minit ( kekadang laju kekadang perlahan mengikut had laju yang diluluskan kerajaan dan mengikut mood saya yang kekadang gemar sekali mendengar lagu-lagu nyanyian ahmad jais kerana kekadang hati saya merasa rindu sekali pada arwah ayah dan cuba membayangkan bagaimana keadaan hidup ayah ketika beliau dan emak baru berkahwin ..berdasarkan latar belakang pendidikan, zaman 60an, taraf hidup dan sebagainya dan sedetik juga saya membayangkan betapa hidup saya hari ini jauh berbeza dari zaman ayah dan emak memulakan hidup mereka sebagai suami isteri dalam keadaan serba kekurangan)...sedih juga....

ok sambung cerita...semasa saya sedang memandu pada kelajuan 90 km sejam dan melalui kawasan sawah padi dan perkampungan orang thai ...pemandangannya sungguh indah dengan berlatarbelakangkan bukit-bukit batu kapur yang menonjol di sana sini dengan dihiasi rumah-rumah penduduk yang bertaburan di sana sini pada jarak 100 meter di antara satu sama lain...KETIKA MEMBELOK...tiba-tiba saya melihat sekumpulan 5 ekor anjing sedang bergurau di tepi jalan ...saya mula fokus pada jalan yang saya lalui...dan amat-amat berharap kumpulan anjing itu tidak akan memasuki ruang jalan yang saya akan lalui (ini berdasarkan pengalaman masa lalu yang mana telah 2 kali saya dilanggar oleh lembu ketika menonggang motosikal..tapi alhamdulillah kerana dalam kedua-dua keadaan saya masih selamat ..cedera ringan dan motosikal yang saya naiki tidak mengalami kerosakan yang teruk...kekuatan tangan saya menggenggam pemegang (handle) dan sifat asal saya yang amat berhati-hati ketika bermotosikal dan yang lebih penting lagi atas pertolongan Allah SWT untuk memanjangkan hayat saya maka hari ini saya masih bernafas dan sihat)...

akan tetapi kali ini saya diuji lagi ....tiba-tiba pada kelajuan 90 km dan pada jarak yang amat hampir dengan sekumpulan anjing yang sedang bergurau itu ....3 ekor dari anjing itu telah mula memasuki lalui saya dan terus bergurau tanpa menghiraukan betapa dekatnya jarak kereta waja saya dengan mereka...saya hampir panik...kalau nak tekan berek mengejut...tentu kereta waja saya akan masuk longkang dan keadaan saya mungkin parah....jadi saya diberikan ilham...dengan cuba menekan brek secara sederhana.......kereta makin perlahan..kelajuan berkurang tetapi ibarat sebuah kepala keretapi yang tak mampu berhenti.....dammmmmmmmmmmmm....saya melanggar ketiga-tiga ekor anjing itu...bunyi suara anjing yang terkejut dan kesakitan dengan nada yang tinggi sambil bergolek di bawah badan kereta saya....saya tak dapat berhenti ...terus ke depan dan berhenti ...sambil menoleh ke belakang kelihatan tiada seekor anjingpun dijalanraya...hati saya sudah risau....adakah anjing-anjing itu masih tersangkut di bawah perut kereta saya...aduhhhh banyak kerja ni..nak kena urus untuk samak pula...saya tengok jam di kereta...tak banyak masa ni...lalu meneruskan perjalanan....sampai ke padang besar..saya turun dari kereta dan lihat sekeliling kereta...bawah kereta....yang terkesan hanyalah satu nombor awal pada plet kereta saya dah patah..itu aja....

dalam perjalanan pulang..saya melalui jalan yang sama...tak ada seekor pun anjing yang bergelimpangan di jalanraya ....ermmmm...mungkin cedera saja agaknya....

pengajaran....jangan guna brek mengejut kecuali ia melibatkan manusia....utamakan keselamatan makhluk dan lebih utamakan manusia....kalau kecemasan...jangan panik..ambil masa sedikit dan fikir....kalau brek anda tidak berfungsi secara tiba-tiba..perlahankan kereta dengan menukar gear....fikir............

No comments:

Post a Comment